Sunday 6 July 2014

WASPADA 'JE'! - Nyamuk...nyamuk.... asyik nak susahkan manusia

Isu terkini dan terbaru di media masa adalah kes JE yang dikesan di Penang. Hangat diperkatakan terutamanya di kalangan Medical Staffs.

Mana taknya...this time ia telah melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sehingga masuk ICU ( Intensive Care Unit  ) di salah sebuah hospital di Pulau Pinang.


JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex. Nyamuk Culex ini membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE ni akan membiak dengan riang ria dalam tubuh babi dan kemudiannya akan disebarkan melalui gigitan nyamuk.

Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak.
Nyamuk Culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh iaitu di antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi.



Tanda & Gejala

Biasaya gejala akan timbul selepas 6-8 hari digigit nyamuk pembawa virus tersebut.

Tanda-tandanya adalah :
* Demam
* Sakit kepala
* Lemah anggota badan

* Muntah
* Resah meracau
* Mengantuk
* Sawan
* Lumpuh
* Tidak sedarkan diri/koma



Komplikasi

- Radang otak (boleh mengakibatkan kematian sehingga 30% kes)
- Kes yang selamat = 30% akan mendapat kerosakan otak yang teruk termasuklah kelumpuhan. 

Rawatan

Tiada rawatan khas untuk penyakit JE. Ini adalah kerana antibiotic tidak ada efek kepada virus dan tiada anti-viral yang ditemui buat masa ini. Jadi rawatan hanyalah untuk mengurangkan gejala dan komplikasi sahaja.

Langkah-langkah Pencegahan

* Elakkan daripada digigit nyamuk
* Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
* Tidur di dalam kelambu
* Gunakan racun serangga seperti lingkaran nyamuk, repelen yang disapu pada badan atau pakaian ketika berada di luar rumah, penyembur aerosol dan lain-lain.
* Memasang jejaring nyamuk pada tingkap
* Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah semasa melakukan aktiviti luaran atau berada di sekitar kandang khinzir
* Menyediakan saluran perparitan yang sempurna
* Menimbus lopak-lopak air
* Menjaga kebersihan sekitar ladang ternakan khinzir
* Membuat semburan racun serangga di sekitar ladang khinzir.

No comments:

Post a Comment