Saturday 28 June 2014

Buat Ibu Bersalin... Awasi level 'kuning' bayi anda


Penyakit kuning pd bayi yg juga dikenali sebagai 'Jaundice' yang difahami oleh orang ramai sebagai kuning pd kulit serta pd mata putih bayi. Tetapi ramai yg tidak tahu bahwa penyakit ini boleh memudaratkan.

Jaundice adalah suatu kondisi dimana tahap bilirubin (iaitu pecahan dari sel darah merah) yang tinggi.

Jadi hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya pagi tadi bila berhadapan dengan kes kuning pada bayi ni.

Ceritanye...
 Saya diberitahu oleh Sister di klinik saya.
 "Doktor, ada kes severe jaundice (a.k.a. SNNJ)" Melompat saya dari kerusi saya..nasib baik saya dah selesaikan satu pesakit yg sedang saya rawat.


Saya langsung ke bilik pemeriksaan buat Ibu & Anak.. yg pertama skali saya lihat adalah bayi tersebut 'nyenyak tidur' dipangkuan ibu nya.

Saya langsung memulakan soalan-soalan saya yg macam machine gun... sambil memeriksa bayi '
"Akak keluar wad bile? Ni dah hari ke berape? Tak penah cek kuning ke semasa dalam wad?"

Si ibu pn menjawab.. "sy baru je keluar wad petang smlm doktor. Ni yg sy bawak dia ke klinik sebab sy memang nampak baby sy ni kuning. Anak saya ni baru 6 hari doktor."

Sy pun sambung tanye, "baby menangis x?kerap tak dia minum susu? Berak warna apa? Kencing warna apa?"

"Sejak sebelum subuh td sy perasanbaby saya kurang nangis doktor...dia asyik tido je.minum susu pun sedut 2/3 kali je.pastu tido lagi. Sy kacau dia baru minum lagi 2/3kali sedut. Dia belum berak lg doktor dari subuh tadi. Kencing sy tak perasan pulak sebab dia guna pampers."

Sambil ber'pot pet' dengan si ibu... ligat tangan sy memeriksa baby ni.
MashaAllah....kuningnye anak ni..bayangkanlah..dari ubun-ubun sampailah ke tapak kaki..semua kuning. Takde bahagian yg tak kuning.

Saya usik muka dia supaya dia bangun. 'lena sungguh anak ni'.. bisik hati sy. Padahal sy tau, sekiranya kurang respon maknanya kuningnye sangat tinggi sehingga mengakibatkan dia lesu dan tak bermaya. Apatah lagi nak menyusu..memang takkan mau punye dia menyusu.

 Saya terus mengarahkan ibunya memberi susu, paksa bayinya bangun. Sementara itu saya flipped @ belek-belek buku dia ..bayi tak cukup bulan, berat semasa lahir hanya 2.2 kg, mak berdarah O positif.

Ish....banyaknye faktor risiko baby ni..  Antara faktor risiko Jaundice adalah :
1) bayi pramatang / tak cukup bulan
2) berat semasa lahir kurang dari 2.5 kg
3) kumpulan darah ibu O positif
4) G6PD deficiency

So baby ni dah ada 3 faktor risiko.. lebih membimbangkan sy ni..
Apa lagi angkat telefon la secepatnye.
Sy terus refer baby ni pada doktor pakar kanak-kanak or Paediatrician.

Dia tanya sy brape tinggi level bilirubin baby ni? Sy bagitau dia, bacaan bilirubin tu 366 atau 21. Doktor tersebut tak cakap banyak dah.. "Hantar wad B3 sekarang", arahnye.

Memang sy dah stanby-kan ambulance untuk hantar baby dan ibunya ke hospital.

Alhamdulillah mereka selamat tiba di wad. Sy telefon semula ke wad setelah kurang lebih 45 setelah baby sampai untuk menanyakan bacaan bilirubin yg dibuat di wad..

Terkejut badak sy dengarnya.. "410!!!"
"Apa?!"
 sebab sy tau bile bacaan bilirubin mencapai 400 atau 24..ianya memerlukan rawatan yg sgt dasyat iaitu 'exchange transfusion' atau nama melayunya tukar darah...

Ya... inilah akibatnya sekiranya penyakit kuning pada bayi ni diambil ringan.

Penyakit kuning boleh mengakibatkan :
1) Deafness @ pekak
2) Kecacatan otak
3) Kematian

Jadi buat ibu-ibu diluar sana, tolong jangan ambil ringan terhadap penyakit ini.

Tolong perhatikan bayi anda selagi doktor memberitahu bayi anda kuning. Perhatikan tanda-tanda seperti:
1) Banyak tidur
2) Lesu
3) Tidak mau menyusu
4) Najis warna kelabu
5) Kencing berwarna seperti Teh
6) Tangisan yg sgt nyaring


Sampai disinilah perkongsian sy untuk hari ini.Sayangilah anak anda seperti mana anda sayngakn diri anda maupun suami anda.



















































































2 comments:

  1. good writing akak... teruskan kerja bagusnya...

    sila mampir ke blog sy juga yah...http://febrilianreza.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. good info Dr..

    http://hedayazanmirza.blogspot.co.nz/

    ReplyDelete